Perkara-Perkara Merbahaya (Buku 3 Siri Perjanjian Darah). Amy Blankenship
Читать онлайн книгу.gereja itu dan di perkuburan di belakangnya. Ramai yang datang dari semua arah, kebanyakkannya entah dari mana". Dia kemudian diam dan menelan air liur dengan gementar sebelum menambah, "Itulah bila saya nampak Jewel bersama mereka".
"Kemudian mana dia?" bentak Anthony sambil berjalan cepat merapatkan diri antara mereka. "Kenapa tidak bawanya balik denganmu?".
Serigala itu bergerak ke belakang kerana cemas di matanya dan tahu bahawa memberi berita buruk pada ketua kumpulan bukan suatu tindakan bijak. "Saya tidak boleh", katanya mengigil.
Tangan Anthony tiba-tiba meluru dan mencengkam orang suruhannya di kerongkong, mengangkatnya ke atas. "Kamu serigala jadian. Kenapa tidak tangkap sahaja dia?".
"Dia dikelilingi oleh jadian... terlalu ramai", serigala itu beritahu, mengangkat tangan cuba mengurangkan tekanan pada kerongkongnya.
Tangan Anthony mengetat dan matanya bertukar ke warna keemasan yang menakutkan. Abangnya baru sahaja pulang dari Itali, dia pasti. "Adakah saya atau tidakkah saya ajar bagaimana bergaduh kumpulan lain bersendirian? Abangku tidak boleh mengatasimu". Ianya tipu. Serigala ini akan terbaring dalam longkang jika dia berani lawan Andreas Valachi.
"Bbukkannyaa sserriiggaalla", serigala itu ketar sambil cuba bernafas.
Anthony memberi perhatian pada orang yang dicekiknya dan melepaskan tangannya, memandangkan dia hampir mati. "Siapa dia?" dia bentak dengan kemarahan yang dikawal melalui suaranya.
Serigala itu terjatuh atas lantai cuba menarik nafas. Dia merangkak atas tangan dan lutut sebelum menundukkan dahinya ke lantai marmar yang sejuk. Dia membuka belakang tengkuknya bila merendahkan diri pada ketuanya dan berhasrat lari jauh bila dia ada peluang.
"Kucing... Saya bau kucing", katanya selepas beberapa saat, "Harimau bintang dan harimau kumbang... banyak". Dia mengangkat kepala dan nampak mata Anthony menguncup marah. Cepat-cepat dia tambah, "Ada seekor harimau yang mengekorinya setiap langkah. Tempat itu dipenuhi langsuir-langsuir juga. Sebahagian dari gereja meletup, kemudian satu kereta polis muncul".
Anthony berdiri di situ cuba mententeramkan kemarahan yang membuak. Lagipun, lebih lama dia berdiri di situ, lebih naik kemarahannya. Rancangannya untuk menangkap pasangannya yang melarikan diri sentiasa digagalkan oleh diri sendiri atau kerja pesuruh-pesuruhnya yang bodoh.
Dia memberi isyarat untuk pengawal-pengawal peribadinya datang dekat. "Bawa dia ke bilik bawah tanah di mana dia boleh terbakar dalam kegagalannya".
Serigala itu duduk melutut memohon kemaafan dari riak mukanya. Dia terdengar cerita mengenai bilik bawah tanah dan apa di dalamnya. Ada beberapa serigala yang melalui penyeksaan masih mempunyai kesan pada badan mereka yang boleh dilihat. Dia merengek ketakutan bila tangannya dipegang pengawal-pengawal itu dan di ditarik ke atas kakinya.
Pengawal-pengawal itu tidak melihat mukanya atau berkata apa-apa atau cuba menenangkannya atau menghinanya. Jika mereka diberi kelonggaran, mereka mungkin melepaskannya lari. Pada mereka, Cik Jewel ada sebab kuat untuk lari dari ketua kumpulan ini. Dia tidak bahagia dan, walaupun dilayan dengan baik oleh Anthony, tidak akan mencintainya. Hidup begini, berjaya di atas ketidakadilan yang lain bukanlah cara serigala jadian yang tulen... ianya cara samseng.
Pada suatu masa, mereka telah melindungi manusia dari kejahatan yang cuba mengambil alih dunia. Sekarang, jika diabaikan beberapa kumpulan yang tinggal merentasi Amerika Syarikat dan seberang laut, merekalah yang jahat. Memang patutlah manusia buat wayang menunjukkan mereka sebagai anjing liar gila yang berusaha membunuh dan menjahanamkan.
Anthony mengikuti pengawal-pengawalnya ke bilik bawah tanah dan tersengeh bila serigala muda itu merengek senyap-senyap. Bilik bawah tanah rumah besar itu telah diubahsuai menjadi tempat penyeksaan yang besar, sebesar beberapa ribu kaki persegi. Rantai tergantung dari dinding di seberang dengan dipasang gari untuk memegang seseorang menegak ke dinding batu yang sejuk.
Di sebelah kanan ada sebuah meja yang di penuhi penyebat dan tali belati yang berbagai saiz. Satu kawah di atas bara api yang menyala terdapat beberapa batang besi terpacak keluar darinya digunakan untuk membuat tanda, yang Anthony jarang guna. Yang terakhir, di dinding di seberangnya terdapat satu barisan bilik tahanan yang ada beberapa tahanan.
Beberapa ekor serigala jadian bergerak dalam bayang-bayang menyiapkan beberapa perkakasan untuk pelawat istimewa yang Anthony bernasib baik mendapatkannya beberapa minggu lepas. Mereka berhenti dan memandang dengan sifat ingin tahu bila ketua mereka masuk ke bilik itu dengan pengawal-pengawalnya dan serigala baru untuk didisiplinkan.
Anthony berdiri ke belakang sementara pengawal-pengawalnya merantai serigala itu ke dinding dan mennyahkan mereka bila selesai.
"Apa yang kamu mahu kami buat, Tuan Anthony?" serigala tertua bertanya.
"Saya mahu kamu beri dia pengajaran, Boris", jawab Anthony. "Dia gagal membawa balik pengantinku dan dia harus belajar bahawa kegagalan tidak diterima".
Boris melihat budak itu dan mengeluh senyap. "Dia masih budak".
"Dia patut belajar awal", Anthony bersuara tanpa emosi.
Boris mengangkat tangan dan mengisyaratkan dua serigalanya kepadanya. Mereka datang dan mengoyakkan belakang baju budak serigala itu terbuka. Boris mengambil satu penyebat, yang berpecah sembilan dihujungnya, dan melibasnya di udara. Serigala dirantai itu cuba menjauhkan diri membuatkan Anthony tersengeh.
Boris berdiri lima kaki di belakang pemuda itu dan menyebat ke depan. Serigala muda itu menjerit bila penyebat itu mengigitnya sepanjang belakangnya. Jeritan itu berterusan sambil Boris meneruskan sebatannya ke atas kulit yang cantik sebelum ini. Akhirnya, dia berhenti dan seekor serigala lain melangkah ke hadapan dengan semangkuk besar garam. Lebih kuat lagi tangisan kesakitan kedengaran bila garam dibaling ke luka-luka berdarah itu.
Serigala muda itu terseliuh pada dinding menjangkakan penyeksaan itu sudah berakhir, cuma menjerit lagi bila sebatan itu diteruskan... cuma sekarang dua lagi penyebat digunakan.
Anthony mengangkat tangan kanannya untuk melihat dengan lebih terperinci dan mengerut bila dia nampak dia terpaksa memotong kukunya lagi. Membongkokkan bahunya, dia berpusing jauh dari penyeksaan itu dan pergi ke bilik tahanan yang paling jauh di hujung bilik bawah tanah itu. Senyuman terpapar di mukanya bila rantai berat di situ bergegar.
Lelaki tahanan di dalam tiba-tiba berdiri dan meneran pada rantaiannya cuba menerkam Anthony.
Perasaan marah Anthony tiba-tiba hilang apabila melihat lelaki yang bangga dalam tahanan. Senyumannya lebih lebar bila dia terfikir cara untuk mendapatkan kembali Jewel ke dakapannya dan jauh dari harimau-harimau yang dia minta perlindungan.
"Saya gembira saya tembak kamu hanya sekali Micah... Saya mungkin perlu gunakanmu".
*****
Tabatha melihat sekeliling pangsapuri yang dikongsi dengan Kriss dan menggigil. Selalunya dia tidak kisah berseorangan tapi untuk bermacam sebab, malam ini susah untuk dilalui. Dia melihat ke luar tingkap bila terdengar bunyi bising menyangkakan Kriss sudah pulang. Dia rasa dia dalam keadaan baik bila Envy dan Devon menghantarnya pulang rumah dalam perjalanan ke tempat Chad. Tapi sekarang dia rasa amat memerlukan teman.
Envy ada bertanya jika dia mahu ikut mereka jikalau Envy memerlukan bantuan untuk berbincang dengan abangnya. Tapi, Tabby ingatkan Kriss akan pulang tidak lama lagi dan dia mahu bertanya Kriss apa yang terjadi, jadi dia tidak ikut pelawaan Envy... sekarang dia menyesal tidak ikut.
Berfikir tentang Kriss membuatnya berfikir tentang Dean dan bagaimana kelakuannya di gereja. Dia masih ingat rupa mukanya bila dia melihat Kane.
Tabatha menggeleng kepala bila gambaran Kane terpampang dalam mindanya walaupun mencuba untuk melupakannya. Melihatnya terbaring hampir mati telah menarik sesuatu dalam sanubarinya. Dia tidak faham kenapa tapi, memikirkan dia hampir mati membuatkannya mahu memeluk tubuh seakan bola.
"Tingkatkan kawalan diri", bisiknya memecah kesunyian. "Apa yang kamu perlu adalah satu gangguan perhatian".
Mengambil telefon dia berhasrat menelefon Jason di tempat kerja untuk berbual dan tanya jika ada sesuatu ganjil berlaku sejak Kriss terbang dari jauh ke Florida.
Telefonnya